Sebelum ada bangunan masjid baru seperti yang ada sekarang, penduduk di sini mengerjakan sembahyang jumaat di surau diri jumaat, sebuah bangunan kayu beratap zink tanpa ada syiling, berlantai papan selama 12 tahun.
Pada tahun 1973, dilancarkan kutipan derma/wakaf khas kepada ahli-ahli keriah untuk membina masjid baru dan dapat mengumpul lebih RM50,000 dalam masa 9 tahun.
Pada tahun 1983, dimulakan kerja pembinaan dan siap pada bulan Mei 1984 dengan kos RM293,000. Ia dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah pada 10.10.1984.
Kerja-kerja penambahbaikan kemudahan asas sentiasa berjalan dari masa ke semasa.
BINAAN
kerja pembinaan diselia oleh jkr daerah kerian mengikut plan yang telah disediakan oleh jkr negeri atas pilihan orang ramai.ada kubah, menara, ruang solat, tandas, pagar dawai keliling dan sebuah balai lintang.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-bilik pegawai masjid
-pejabat masjid
-ruang makan
-parkir
-tandas awam
-tandas orang kurang upaya
-perpustakaan
-ruang bilik kuliah
-pondok rehat