-Ahli Jawatankuasa Masjid dan ahli kariah telah bersetuju bahawa masjid baru yang dibina di beri nama Masjid Al-Athar.
-Tarikh mula masjid dibina ialah pada 15 Disember 1965 hingga 15HB Ogos 1966, tempoh masa lapan bulan mengikut kontrak perjanjian dengan Syarikat Koi Hok Lai dari Taiping yang dilantik untuk menguruskan pembinaan masjid baru masjid tinggi dalam tempoh lapan bulan.
-Dana pembinaan masjid yang berjumlah RM222,764.38 adalah separuhnya disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan separuh lagi disumbangkan oleh ahli kariah Masjid Tinggi dengan kutipan bermusim selepas padi dituai yang mengambil masa selam lima musim atau lima tahun.
-Senario pembinaan masjid baru, para pekerja secara keseluruhannya menjalankan kerja-kerja mereka dengan menggunakan tenaga fizikal secara manual. Tidak ada mesin mekanikal yang canggih seperti diera terkini. Tiada mesin pembancuh simen, jengkaut, kapal korek, jentolak dan kren.
-Pada 12HB Mac 2012, lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Maahad Tahfiz Al-Akhlak Islamiah Masjid Tinggi dan beliau menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Athar. Satu pengumuman rasmi diadakan oleh Perdana Menteri memaklumkan sumbangan peruntukan sebanyak RM500,000 ke Masjid Al-Athar untuk membina pagar konkrit, kawasan hadapan masjid diturap untuk kemudahan parkir kereta, sistem kumbahan yang moden untuk tandas wanita dan tandas lelaki. Bangunan stor dan tempat memasak serta ruang jamuan didirikan di belakang masjid. Segala urusan binaan dan urus tadbir kewangan diuruskan terus oleh MAPEN-SUK.
Pada tahun 2012, ahli kariah Masjid Tinggi telah bersama-sama menyumbangkan dana untuk pemasangan pendingin hawa di dalam masjid. Sebanyak 14 unit pendingin hawa 5 HP dipasang dengan kos mencapai sehingga RM84,325. Dana diperolehi hasil sumbangan ahli kariah yang berjumlah RM89,492.
BINAAN
Pada 2012 ahli kariah Masjid Al-Athar telah bersama menyumbang untuk pembangunan masjid seperti pembangunan, pemasangan hawa dingin dan sebagainya.
KEMUDAHAN
-TEMPAT WUDUK
-TELEKUNG
-SEJADAH
-BILIK MESYUARAT
-BILIK PEGAWAI MASJID
-PEJABAT MASJID
-RUANG MAKAN
-RUANG MEMASAK
-PARKIR
-LALUAN ORANG KURANG UPAYA
-TANDAS AWAM
-TAMDAS ORANG KURANG UPAYA
-KERUSI ORANG KURANG UPAYA