Masjid ini telah dibina pada tahun 1953 oleh beberapa individu yang prihatin terhadap kelangsungan perjalanan Agama di daerah ini. Sebuah masjid kecil yang didirikan disudut sekeping tanah dengan kebenaran tuan tanah Tuan Haji Salleh bin Hussein. Pada asalnya pembinaan masjid ini diirikan dengan bermodalkan sumbangan peralatan seperti papan, kayu, atap, dan sedikit wang sebagai upah. perancang utama untuk mendirikan masjid ini adalah, Tuan Haji Salleh bin Haji Hussein dan di bantu oleh Tuan Haji Hassan , Tuan Haji Mad Radzi, Tuan Haji Arshad dan Tuan Haji Kamarudin.
Pada tahun 1971 jawatan kuasa dibentuk dan mereka merancang membuat kutipan dana dari orang ramai dalam kawasan dan luar kawasan bagi seluruh negeri Perak dengan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Perak.
Pada bulan Mei 1972, pembinaan bermula hasil kutipan daripada orang ramai sebanyak RM30000.00 dan disumbangkan oleh Jabatan Agama sebanyak RM30000.00 dan jumlah keseluruhan ialah RM60000.00.
BINAAN
Masjid ini mempunyai kubah kecil dan mihrab berukuran 10x10 kaki berbumbung zink berwarna merah. Tiada seni khat yang istimewa tetapi hanya ada beberapa khat sumbangan dari orang ramai.