Masjid ini dibina atas kerjasama dan gotong royong daripada penduduk tempatan. Perbelanjaan derma dan wakaf daripada orang ramai. Masjid ini diasaskan oleh En Daud dan tapak masjid diwakaf oleh En Daud. Ahli kariah ketika itu berjumlah lebih kurang 202 orang meliputi kampung-kampung berikut :
- Kampung kota raja bersiong
- Kampung redang panjang dalam
- Kampung redang panjang luar
- Kampung tersusun redang panjang (tambahan)
- Kampung bukit forest (tambahan )
- Perumahan awam redang ( tambahan )
BINAAN
Masih terdapat tiang kayu asal cuma ubahsuai dibuat dibahagian luar masjid, menara dirobohkan kerana terlalu uzur dan reput.tiada seni khat. awning hadapan masjid dibina dengan sumbangan dari penduduk tempatan. tandas batu dibina dengan peruntukan sebanyak rm40,000 yang diterima daripada yb ahli parlimen larut.