MASJID AL-MUSTAFFA

KAMPUNG BANGGOL JAS 34140 RANTAU PANJANG, ULU SELAMA PERAK.
PERAK
0806043
0194566674
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Al-Mustaffa ini asalnya adalah sebuah surau didirikan di atas sebidang tanah wakaf seluas 0.5 ekar daripada Tuan Haji Mustaffa. Masjid ini terletak di Kampung Banggol Jas, Selama Perak. Pada awal tahun 1960, surau ini dijadikan tempat solat jemaah oleh penduduk kampung. Disamping itu, diadakan juga kelas fardu ain bagi anak-anak kariah dan tenaga pengajarnya terdiri daripada ilmuan tempatan.

BINAAN

Pada tahun 1970, surau ini dinaiktaraf menjadi surau diri Jumaat. Keluasan surau ini diperbesarkan bagi menampung jumlah ahli jemaah yang semakin bertambah. Bangunan surau ini diperbesarkan melalui hasil gotong-royong orang ramai dan diperbuat daripada kayu dan papan hasil sumbangan orang ramai. Pada tahun 1980, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 15,000.00 untuk pembinaan sebuah masjid baharu dan masjid ini disiapkan sepenuhnya pada tahun 1983. pada tahun 1990, sekolah KAFA dibina bersebelahan bangunan masjid. Pada tahun 2017, jawatankuasa berusaha mendapatkan dana untuk menaiktaraf masjid dan siap sepenuhnya pada tahun 2018 dengan kos RM200,000.

KEMUDAHAN

["2","20"]

PETA