23.8.1951
Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Haji Mahmud merupakan insan pertama yang membina surau di belakang rumahnya semasa pembukaan Kg. Bagan Baru.
23.3.1952
Ahli Kariah mula menduduki Kg Bagan Baru dan Surau tersebut telah dibina secara bergotong- royong. Penggunaan surau tersebut hanya 8 bulan sahaja.
25.11.1952
Masjid pertama dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Masjid dinamakan dengan nama Al Ehsaniah semperna nama isteri Allahyarham Tuan Hj Ahmad sebagai pengasas masjid tersebut. Keluasan masjid tersebut berukuran 30 kaki x 40 kaki mempunyai 8 saf.
10.01.1963
Masjid ini telah dipunggah untuk dibuat baru di tapak yang sama setelah menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM 67,000.00. Keluasan ruang solat tetap sama 30kaki x 40kaki dan mempunyai 8 saf.
28.05.1963
Ruang solat masjid ini diperbesarkan kepada 40 kaki x 40 kaki dan bilangan saf ditambah kepada 10 saf.
01.03.2006
Pembinaan masjid baru di tapak yang sama hasil sumbangan Allahyarham Tan Sri Haji Basir Bin Hj Ismail. Pengerusi MPOB dan keluarganya sebanyak RM850,000.00.
10.07.2007
Masjid baru ini siap dibina dan digunakan sepenuhnya dengan keluasan ruang solat 40 kaki x 60 kaki dengan 14 saf dan boleh menampung seramai 350 jemaah.
22.07.2014
Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Kedudukan masjid ini yang terletak ditengah-tengah daerah Selama menyebabkan ramai pengunjung datang bersembahyang di sini. Terdapat padang Majlis Daerah Selama berhampiran masjid yang mana kerap kali diadakan pertandingan bola sepak sama ada liga atau perlawanan persahabatan.
BINAAN
25.11.1952 Binaan pertama masjid ini secara gotong-royong berasaskan kayu kayan. Masjid berukuran 30 kaki x 40 kaki dan mempunyai 8 saf.
1.03.2006
Pembinaan masjid baru ditapak yang sama hasil sumbangan Allahyarham Tan Sri Haji Basir Bin Ismail Pengerusi MPOB dan keluarga sebanyak RM850.000.00