KAMPUNG KOTA LAMA KANAN, 33040 KUALA KANGSAR, PERAK
PERAK
0805278
0125673046
tiada
04/07/1916
SEJARAH
Masjid Kota Lama Kanan dibina pada zaman Almarhum Rahmatullah Sultan Mansur Shah, Sultan Perak yang ke II dengan perbelanjaan pada masa itu RM3800. Sumbangan-sumbangan adalah dari Tengku Permaisuri Cik Uteh Mariah RM1000, kerajaan RM1800 dan lain-lain penderma sebanyak RM1000. Masjid ini dimulai sembahyang pada 15 Zulhijjah 1332 bersamaan 13 Oktober 1916M. Perubahan masa dan zaman telah menukar bentuk rupa bangunan masjid ini dari lama kepada yang sedia ada sekarang. Ini disebabkan dengan penambahan penduduk dan keselesaan para jemaah kian bertambah. Sehingga kini masjid ini belum pernah dirasmikan oleh sesiapa.
BINAAN
Struktur bangunan masjid ini tidak mempunyai ciri-ciri senibina islam. Reka bentuk bangunan yang sedia ada adalah empat segi. Ia tidak ada pelan asas untuk bangunan. Penambahan bangunan mengikut keperluan semasa. Kubah masjid separuh bulat diperbuat dari zink. Masjid ini tiada menara, cuma kubah sahaja bangunan yang tertinggi. Atap atau bumbung masjid diperbuat dari zink kilang, sementara ruang untuk solat adalah terbuka dan bersejadahkan karpet sekeliling
KEMUDAHAN
-tempat wudhu
-telekung
-sejadah
-bilik mesyuarat
-bilik pegawai masjid
-pejabat masjid
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-laluan orang kurang upaya
-kerusi orang kurang upaya
-ruang bilik kuliah
-bazigo (pondok rehat)
-kawasan riadah
-