MASJID SULTAN ISKANDAR SHAH

KAMPUNG BENTING KUALA KENAS, 33800 MANONG, KUALA KANGSAR
PERAK
0805277
0125897409
tiada
12/07/1938

SEJARAH

Didirikan pada tahun 1938, diatas tanah berkeluasan 1/4 ekar yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Tok Penghulu Mat Isa. Struktur awal bangunan dari kayu, papan dan zink. Tahun 1997, bangunan masjid telah dibesarkan dan seterusnya pada tahun 2005 dibaik pulih dan dilengkapkan dengan peralatan karpet, alat pembesar suara dan kipas angin. Masjid in adalah untuk ahli-ahli jemaah kariah Kg. Benteng, Kg. Sementa, Kg. Kuala Kenas, Kg. Bukit Berapit, Kg Bendang Belima dan Kg. Bendang Air. Masjid ini tidak ditenggalami air banjir pada tahun 1969 walaupun sekelilingnya air menenggelami Kg. Benteng, Kg. kuala kenas.

BINAAN

Struktur bangunan dibuat dari papan kayu dan separuh simen serta berlantaikan simen dan tile. Beratapkan zink. Menara kubah dibuat daripada papan/zink. Mimbar diperbuat daripaa papan / kayu. Untuk keseluruhan bangunan adalah normal. Disediakan juga kemudahan ruang solat untuk jemaah muslimat .

KEMUDAHAN

- tempat wudhu - sejadah - pejabat masjid - ruang makan - ruang memasak - parking - tandas awam - bazigi (pondok rehat )

PETA