KAMPUNG BENDANG PANJANG, 33000 KUALA KANGSAR, PERAK
PERAK
0805276
0195797460
tiada
06/10/1986
SEJARAH
Pada mulanya penduduk kampung ini solat berjemaah di surau yang dibina oleh penduduk kampung ini. Kemudian oleh kerana penduduk kampung ini bertambah ramai jemaahnya yang terdiri dari rumah awam dan taman-taman yang dibina di kawasan kg. ini,maka penduduk dan kariah surau ini memohon krpada pihak Jabatan Agama Islam Perak untuk mendirikan sembahyang Jumaat disurau ini dan kelulusan diperolehi.
Akhirnya penduduk kampung ini serta penduduk perumahan awam dan taman-taman sekitar kampung ini memohon kepada pihak
Kerajaan supaya mendirikan sebuah masjid untuk keselesaan kariah ini beribadat dengan selesa dan sempurna.
Pada tahun 1986, bermulanya pembinaan masjid di kampung ini dengan jayanya. Masjid ini telah dirasmikan pada 15 Julai 1986/1 Zulhijjah 1408 oleh DYMM Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah dan
diberi nama Masjid Sultan Abdul Jalil, di Kampung Bendang Panjang, Kuala Kangsar.
BINAAN
STRUKTUR BINAAN MASJID INI ADA MEMPUNYAI KUBAH, MENARA DAN BUMBUNG. DISEDIAKAN MIMBAR, RUANG SOLAT YANG LUAS, BILIK MESYUARAT DAN BILIK PEJABAT. DISEDIAKAN JUGA RUANG KOLAH TEMPAT BERWUDUK SERTA BEBERAPA BUAH TANDAS LELAKI DAN WANITA. SEKELILING KAWASAN DITURAP DENGAN TAR DAN SEKELILING MEMPUNYAI LONGKANG BAGI PENGALIRAN AIR KE LONGKANG BESAR.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-bilik mesyuarat
-bilik pegawai masjid
-pejabat masjid
-ruang makan
-ruang memasak
-tandas awam
-kerusi orang kurang upaya
-gazibo
-kawasan riadah