MASJID NURUL IMAN

KAMPUNG LINTANG, 31100 SUNGAI SIPUT UTARA, PERAK
PERAK
0805270
0148832623
tiada
14/07/1998

SEJARAH

Telah dibina pada sekitar tahun 1926. Pada peringkat awalnya masjid ini bersebelahan dengan Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurul Huda. Sekitar tahun 1998, masjid ini terpaksa dirobohkan dan dibina semula kerana banyak daripada struktur binaannya telah rozak teruk akibat dimakan usia. Selain daripada itu, alasan lain ianya dirobohkan aialah kerana arah kiblatnya yang tidak bertepatan dengan arah yang sebenar. Pada sekitar tahun 1998, atas usaha seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan Lintang yang juga anak jati dari kariah ini iaitu Allahyarham Dato' Haji Mohd Padil B Hj Haji Harun telah berusaha mendapatkan sumbangan untuk membina sebuah masjid yang baru sehingga kini dan didaftarkan dengan nama Masjid Nurul Iman.

BINAAN

KEMUDAHAN

-tempat wudhu -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -ruang makan -ruang memasak -parkir -tandas awam -kerusi orang kelainan upaya -ruang bilik kuliah

PETA