MASJID INDIA MUSLIM

JALAN BESAR, 31100 SUNGAI SIPUT ( U ), PERAK
PERAK
0805265
0165621670
tiada
11/03/1991

SEJARAH

- Pada awal tahun 1920-an, pihak British telah membawa masuk ramai buruh kasar dari Tamil Nadu,India untuk bekerja di ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Ladang Kamuning yang dahulu dikenali sebagai 'estet nombor 8' adalah antara estet yang ramai masyarakat india muslim bekerja ketika itu. - Ramai juga pendakwah islam yang turut berhijrah ke Tanah Melayu dengan membawa masuk ilmu kalam Allah s.w.t. Golongan inilah yang telah mendorong masyarakat setempat mendirikan surau-surau dan pondok-pondok kecil sebagai tempat untuk mendirikan solat jemaah dan menjalankan dakwah di sungai siput. Golongan dakwah inilah juga telah mendorong pekerja-pekerja india muslim di "ladang nombor 8" yang kini dikenali sebagai Ladang Sime Darby ini mendirikan sebuah surau pada tahun 1923 di tepi jalan besar, Sungai Siput yang ketika itu merupakan sebuah kawasan paya yang bersebelahan dengan sebuah sungai. Sungai itulah dikenali sebagai sungai siput. Memandangkan ketiadaan sebuah masjid untuk masyarakat islam di Sungai Siput ketika itu, maka pihak British telah menderma tapak masjid ini. -Dengan sumbangan daripada peniaga-peniaga india muslim di kawasan sekitar Sungai Siput dan juga dengan sumbangan masyarakat setempat, maka pada tahun 1929 telah lahir sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid India Muslim Sungai Siput. Masjid inilah masjid pertama yang telah dibina di daerah Sungai Siput. -Pada penghujung tahun 70-an, kemajuan Masjid India Muslim Sungai Siput terus berkembang dan dengan usaha gigih para pegawai masjid ini ketika itu, bilangan umat muslim yang bersolat di masjid ini semakin meningkat. Pertambahan penduduk india muslim dikawasan ini telah menyebabkan masjid ini bertambah sesak terutamanya ketika solat jumaat dan solat hari raya. Justeru itu, pada pertengahan tahun 80-an, mula dibentuk ahli jawatankuasa pembinaan masjid baharu untuk menggantikan masjid tersebut yang semakin usang. dengan usaha gigih jawatankuasa masjid yang ditubuhkan yang penuh dedikasi dan komited pada masa itu, maka pada tahun 1991, terbinalah masjid yang ada sekarang.

BINAAN

Senibina masjid ini dengan pembinaan bumbung yang terbentuk payung melambangkan Agama Islam umpama payung yang melindungi umat muslim untuk menuju ke arah kehidupan yang berjaya di dunia dan akhirat. Enam tiang utama unik yang menyokong bangunan masjid ini membawa maksud enam rukun iman.

KEMUDAHAN

- tempat wuduk - telekung - sejadah - bilik mesyuarat - pejabat masjid - ruang makan - ruang memasak - parking - laluan orang kurang upaya - tandas awam - tandas orang kurang upaya - ruang bilik kuliah

PETA