pada tahun 1935, masjid ini telah diperbesar dan diubahsuaikan disebabkan penduduk semakin bertambah. Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Al-marhum Sultan Abdul Aziz Al-mustalim Billah Shah, baginda telah datang ke Kampung Ketiro, untuk berlindung daripada kezaliman Tentera Jepun di Sekolah Melayu Kg Ketior. Semasa beberapa hari di Sg. Ketior, baginda mengambil kesempatan berjemaah bersama-sama penduduk kampung, seterusnya baginda bermurah hati menghulurkan bantuan bagi memperbaiki dan memperindahkan rupa bentuk masjid mengikut pada masa itu. Sempena dengan itu penduduk kampung bersepakat dan bersetuju agar nama masjid ini dinamakan Masjid Aziziah Kg. Ketior.
Sehubung dengan itu pada tahun 1995, seorang dermawan anak tempatan telah menghulurkan bantuan sebanyak RM60,000 untuk baikpulih ruang tama, tarr sekeliling bangunan masjid, pagar seterusnya membeli dan mewakafkan 2 ekar tanah
BINAAN
struktur binaan mengikut binaan masjid seperti kubah, menara, bumbung, mihrab , ruang solat , seni khat , senibina keseluruhan.
KEMUDAHAN
-tempat wudhu'
-telekung
-sejadah
-bilik mesyuarat
-bilik pegawai masjid
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-tandas awam
-ruang bilik kuliah
-rumah musaffir