- Masjid ini pada asalnya adalah sebuah rumah yang diwakafkan oleh seorang ahli kariah yang bernama Alang Mat Yet sekitar tahun 40an, kemudian secara bergotong royong masyarakat kampung menjadikannya pula sebuah surau.
- Sekitar tahun 60an surau ini dinaikkan pula tarafnya ke sebuah masjid yang diberi nama Masjid Kuala Temin. Pada tahun 1975, masjid ini telah dapat peruntukan sebanyak RM60,000 daripada Allahyarham YAB Tun Abdul Razak B Hussin Perdana Menteri Malaysia yang kedua untuk membina sebuah masjid baru (bangunan konkrit).
- Masjid ini mula dibina pada 1976 dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Perak Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah pada 14 Septemb0er 1979.
BINAAN
-Masjid ini berbentuk 4 segi 50 kaki x 50 kaki, bangunan konkrit satu tingkat. kubah berbentuk payung separuh kembang. menara kecil berbentuk bawang dan seni khat daripada kayu.
KEMUDAHAN
- tempat wuduk
- telekung
- sejadah
- bilik mesyuarat
- bilik pegawai masjid
- ruang makan
- ruang memasak
- parkir
- tandas awam
- kerusi orang kurang upaya
- bazigo ( pondok rehat)
- stor simpan barang-barang masjid