Pada tahun 1968, seramai 176 orang peserta peneroka telah ditempatkan di rancangan belia khas Perlop 1 Sg. Siput (u) Perak (rbk). Majoriti peneroka adalah orang Negeri Perak bangsa Melayu dan beragama Islam. Jarak dari Masjid ke pekan Sg. Siput hampir 17KM. Pada tahun 1971, Surau rbk (rancangan belia khas) Perlop 1, Sungai Siput (u) dinaikkan taraf masjid dan boleh didirikan solat jumaat. Pada tahun 1972, masjid ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak waktu itu yang berhormat Dato Ghazali B Jawi dan diberi nama Masjid Kg. Perlop 1 sempena nama Kg. Perlop 1. Pada waktu itu masjid perlop 1 dapat menampung jemaah seramai 150 ke 200 orang jemaah. Pada masa sama, jemaah-jemaah kampung ini hanya dibekalkan lampu gasolin atau lampu minyak tanah dan air telaga untuk menunaikan solat.
BINAAN
Keseluruhan senibina masjid kg perlop 1 adalah batu-bata, berukuran 500 meter persegi, berbumbungkan zink kilang, kubah, ruang solat, tempat mengambil wuduk dan bilik kuliah serta dikelilingi longkang.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-tandas awam
-ruang bilik kuliah