MASJID AL ISLAH

KAMPUNG TERSUSUN KELEDANG UTAMA, 31100 SG SIPUT ( U ), PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0805226
0165424392
tiada
29/01/1982

SEJARAH

- AL-ISLAH ADALAH NAMA MADRASAH AL-ISLAH YANG DIBINA DIAWAL TAHUN 1982. KEMUDAHAN BAGI PENDUDUK KG TERSUSUN, KELDANG UTAMA MENJALANKAN AKTIVITI AGAMA SELAIN SOLAT LIMA WAKTU. PENDUDUK KETIKA ITU DIANGGARKAN SERAMAI 200 ORANG. - PADA BULAN JUN 2000 PERMOHONAN TELAH DIBUAT KEPADA KPP BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID BAGI TUJUAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT. MESYUARAT JAWATNKUASA SYARIAH NEGERI PERAK KALI KE 151 PADA 30 JANUARI 2011 TELAH MELULUSKAN PERMOHONAN KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT. - PADA 6 APRIL 2011 SOLAT JUMAAT YANG PERTAMA TELAH DIADAKAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH SF TUAN HAJI ABDUL RAHMAN B OSMAN, AL-MUBARAK (ALLAHYARHAM) - PADA BULAN MEI 2001 KERAJAAN TELAH MELULUSKAN PERMOHONAN YANG DIBUATPADA TAHUN 2000 SEBANYAK RM100,000 UNTUK MENDIRIKAN SURAU BARU. MEGAMBIL KIRA JANGKA MASA PANJANG, JAWATANKUASA TELAH BERUSAHA UNTUK MENAMBAH KEWANGAN SUPAYA BANGUNAN SURAU DAPAT DIBINA DENGAN RUANG YANG LEBIH BESAR DENGAN HASRAT AKAN DINAIKTARAF SEBAGAI SEBUAH MASJID. - JAWATANKUASA TELAH MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA JAIPK UNTUK MEMUNGUT DERMA DAN DALAM TEMPOH 2 BULAN TELAH DAPT MENGUMPUL DANA ATAS USAHA DAN KERJA KUAT JAWATANKUASA SERTA SOKONGAN DARIPADA MASYARAKAT SETEMPAT DISAMPING SUMBANGAN DARI ORANG PERSEORANGAN, AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA. -AHLI JAWATANKUASA TELAH MENDAPAT MENGUMPUL HAMPIR RM150,000 MAKA DIBINALAH BANGUNAN YANG REKABENTUK SEBUAH MASJID WALAUPUN MASIH TERDAPAT KEKURANGAN DARI SEGI PERALATAN DAN SEBAGAINYA. -USAHA MENCARI DANA DITERUSKAN DENGAN MEMBUAT PERMOHONAN KEPADA KERAJAAN DISAMPING BBERAPA AHLI KOPORAT DAN BERJAYA MENGUMPUL HAMPIR RM150,000 DAN TELAH DAPAT MENGATASI MASALAH KEKURANGAN TERSEBUT. - PADA BULAN NOVEMBER 2001 PERMOHONAN MENAIKTARAF TELAH DIBUAT DAN PADA MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK KE 154, 17 JANUARI 2002 TELAH MENDAPAT KELULUSAN MENAIKTARAF SURAU MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT KEPADA MASJID. PADA 10 FEBRUARI SATU PENGISYTIHARAN MENAIK TARAF TELAH DISEMPURNAKAN OLEH SS DATO' SERI (KINI TAN SRI) HJ HARUSANI ZAKARIA,MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK. - MEMANDANGKAN PENGURUSAN MASJID IN BERJALAN DENGAN BAIK, DISAMPING KERJASAMA DAN SOKONGAN SELURUH MASYARAKAT MAKA PADA 19 OKTOBER 2004 BERSAMAAN 5 RAMADHAN, MASJID AL-ISLAH TELAH DIRASMIKAN OLEH KE BAWAH DYTM RAJA MUDA PERAK,RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBUDDIN SHAH ( KINI TUANKU SULTAN)

BINAAN

Awal binaan dilaksanakan pada awal tahun 1982 dengan status sebuah surau. Dari tahun 1990 an hingga bulan Mei 2001 masjid dinaiktaraf dengan binaan baru bagi menggantikan surau lama secara berperingkat.

KEMUDAHAN

sejadah, telekung, tandas awam, cctv, TV, LCD projector, bilik pegawai masjid, pejabat, dewan terbuka, sekolah KAFA, tandas OKU, laluan OKU, ruang bacaan mini, bangunan kedai, rumah rehat, penghawa dingin, kerusi roda (OKU), stor, ruang makan, ruang memasak.

PETA