MASJID AL HURIAH

KAMPUNG LALANG, 33700 PADANG RENGAS, PERAK
PERAK
0805220
0175887514
tiada
08/10/1917

SEJARAH

Pada permulaannya masjid ini dibina dengan menggunakan kayu dan beratapkan rumbia oleh penduduk kampung secara bergotong royong. Tapak masjid al-huriah ini diwakafkan oleh keluarga Tn Hj Ismail. Kos yang digunakan untuk membina masjid ini adalah hasil daripada kutipan dan sumbangan daripada penduduk kampung. Masjid ini digunakan oleh penduduk kampung yang berhampiran untuk menunaikan solat lima waktu dan solat jumaat secara berjemaah. Pelbagai program dan aktiviti turut diadakan dan menggunakan masjid ini sebagai tempat menjalankan aktiviti dan program yang berkaitan.

BINAAN

Masjid ini diperbuat daripada separuh batu dan separuh papan dan beratapkan zink dan mempunyai satu kubah, 1 mimbar untuk khutbah, 1 menara dan 15 saf solat. Selain itu, terdapat 1 kolah untuk mengambil wuduk bagi lelaki dan 1 bilik untuk wanita dan mempunyai tandas serta mempunyai bagunan dewan makan, 1 bilik perpustakaan dan bilik mesyuarat dan 1 ruang untuk bahagian memasak dan 1 ruang untuk beristirehat.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -tandas awam -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan -ruang bilik kuliah -ruang musafir -gazibo

PETA