Masjid pada asalnya dibina secara bergotong royong dan bersusah payah. Masjid yang dibina menggunakan kayu pada generasi pertama penduduk telah diubah suai sehingga generasi ke3 dengan menggunakan bermodalkan kayu juga.

BINAAN
Perubahan zaman mempengaruhi binaan masjid ini. Pada tahun 1993 pihak AJK masjid bersetuju membina masjid baru atas keperluan penduduk yang semakin ramai. Maka dirobohkan masjid lama dan diubah suai dengan kerangka batu-batuan hasil sumbangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta sumbangan dari pihak swasta dan orang perseorangan. Reka bentuk terbaru adalah hasil rekaan arkitek (anak tempatan) iaitu Dato' Dr IR Hj Hashim bin Daud. Berkonsepkan reka bentuk moden sesuai dengan zaman 90 an pada ketika itu. Kubah masjid berwarna keemasan terletak di tengah-tengah bahagian bumbung masjid ini, dilengkapi dengan menara. Manakala mihrab direka dalam keadaan terbuka sementara mimbar yang disumbangkan oleh pihak Istana Perak dibina strukturnya dengan tidak menggunakan paku.

KEMUDAHAN
- tempat wudhu'
- telekung
- sejadah
- bilik mesyuarat
- bilik pegawai masjid
- pejabat
- dewan makan
- ruang memasak
- parkir motorsikal dan kereta
- tandas awam
- tempat dududk OKU
- perpustakaan mini
- homestay
- ruang IT
- Bazigo
- kawasan riadah
- tempat wudhu'
- telekung
- sejadah
- bilik mesyuarat
- bilik pegawai masjid
- pejabat
- dewan makan
- ruang memasak
- parkir motorsikal dan kereta
- tandas awam
- tempat dududk OKU
- perpustakaan mini
- homestay
- ruang IT
- Bazigo
- kawasan riadah