Masjid Kg. Enggor ini kedudukannya di antara Jambatan Iskandar dan Jambatan Victoria serta Sungai Perak dan juga berhampiran jalan besar dari Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Sinonim juga dengan panggilan Karai. Keistimewaan Masjid Kg. Enggor ini ianya dibangunkan pada tahun 1929 semasa pemerintahan DYMM Sultan Iskandar Shah dengan perbelanjaannya diuruskan oleh anak beranak Datuk Sarilela Abdul Latif. Berhampiran dengan kawasan masjid ini terdapat sebuah makam lama yang tercatit nama Datuk Sarilela Paduka Abdul Latif dan juga tercatit tarikh kematiannya pada tahun 1883. Berhampiran dengan masjid ini juga terdapat peninggalan bangunan lama serta peninggalan kubur tok karai.
BINAAN
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-ruang memasak
-ruang makan
-parkir
-tandas awam
-kerusi orang kurang upaya
-perpustakaan
-ruang bilik kuliaah
-gazibo
-kawasan riadah