MASJID DAERAH SULTAN IDRIS SHAH II

JALAN SEKOLAH,36000 TELUK INTAN ,PERAK
PERAK
0804199
05-6225895
07/07/1981

SEJARAH

keluasan tanah tapak masjid ini lebih kurang 3 ekar. tapak masjid ini pada asalnya ialah tapak rumah rehat teluk intan yang lama. cetusan idea membina masjid daerah ini bermula pada 26 mei 1973 dalam satu perbincangan di antara ahli jawatankuasa masjid melayu dengan allahyarham yb dato seri hj kamruddin b md isa ( pada masa itu beliau adalah sebagai timbalan menteri penerangan malaysia).satu memorandum mengenainya telah dihantar kepada allahyarham yab tun hj abdul razak b hussain, perdana menteri malaysiapada 28 julai 1974. pada 16 ogos 1974, allahyarham yab tun hj abdul razak b hussain telah mengumumkan pembinaan masjid daerah sultan idris ii, teluk intan dalam 1 perhimpunan di dewan skomk, teluk intan. pembinaan masjid ini dimulakan pada 7 julai 1981 dengan harga rm1.5 juta hasil sumbangan derma orang ramai, peruntukan kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri perak darul ridzuan.penentuan arah kiblatnya dilakukan pada 19 ogos 1981 oleh al-fadhil tn hj nurudin b haji sidek, sebagai kadi teluk intan bersama-sama al-fadhil tn hj hamdan b hj idris, salah seorang guru agama yang terkemuka di teluk intan dan pihak jabatan kerja raya teluk intan. perletakan batu asas masjid ini dilakukan oleh yab dato' seri wan muhammad b hj wan teh, menteri besar perak pada 10 september 1981. masjid ini siap sepenuhnya dibina (dalam tempoh 707 hari) iaitu pada 10 jun 1983 dan solat jumaat pertama diadakan pada 30 september 1983 dengan mengambil nama sempena majlis perasmian masjid ini. perasmiannya dilakukan oleh dymm paduka seri sultan perak, sultan azlan shah. diantara orang tertentu yang terlibat secara langsung menjayakan pembinaan masjid ini ialah yab tun abdul razak husaain ( perdana menteri malaysia), yab dato' seri hj wan muhamad b hj wan teh (menteri besar perak), yb dato' kamaruddin b mat isa (timbalan menteri di jabatan perdana menteri), yam raja dato' sri ahmad hisham b raja abd. malek (orang besar jajahan hilir perak), dato] haji osman b hj mohd baki ( pegawai daerah hilir perak),ym raja haji yusof b raja yaacob (pegawai daerah), yb encik abdul samat b hj sabri (pegawai daerah ), yb encik darus b said ( adun changkat jong), dan semua ahli jawatankuasa masjid yang terlibat dalam tempoh tersebut,terutamanya tn hj sulaiman b mohd nawi( setiausaha masjid melayu )

BINAAN

KEMUDAHAN

-tempat wudhu -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -parking -kedai perniagaan -laluan orang kurang upaya -tandas awam -perpustakaan -ruang bilik kuliah -bagizo ( pondok rehat )

PETA