MASJID AL-MUHAJIRIN SIMPANG 4 BALAI POLIS

36600 CHENDERONG BALAI, PERAK
PERAK
0804191
012 2948431
01/07/2012

SEJARAH

Dalam tahun 1948, masjid terawal dibina di atas sebidang tanah yang telah dianugerahkan oleh kerajaan pada masa itu. Binaan hanyalah dari bahan yang dikumpulkan oleh penduduk disekitarnya, ianya bertiangkan kayu hutan, berdindingkan pelepaj bertam dan berbumbungkan zink. Maklumat ini didapati daripada temubual dengan warga tua yang ada pada waktu itu. Pada tahun 1960an, sebuah masjid dibina semula di atas tapak yang sama. Binaan masjid ini telah dibina dengan berdindingkan sebahagian kayu dan batu bata, lantai dinaikkan kurang lebih satu meter dan berbumbungkan esbestos. Masjid ini telah digunakan sehingga bulan Julai 2012 sehingga mendapat kebenaran bagi laluan membina masjid baru ditapak itu juga. Pada bulan julai 2012, masjid lama mula dirobohkan dan bermulalah kerja-kerja pembinaan masjid yang baru dengan kerja menaikkan tapak dan seterusnya pembinaan masjid yang baru. Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM3,000,000 bagi pembinaan masjid baru dan mulai 27 Ramadhan 1435 hijrah. Ianya mula digunakan dengan menunaikan solat waktu dan solat terawih.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA