MASJID AS - SAADAH

KAMPUNG. BAHAGIA, 36000 TELUK INTAN, PERAK
PERAK
0804187
0134548096
30/11/-0001

SEJARAH

sebuah kampung tanpa masjid samalah seperti sebuah bandar tanpa taman dan sebuah taman tanpa bunga. begitulah keadaan kampung bahagia yang telah mula dihuni semakin ramai penduduknya yang berhijrah ke tempat baru dengan membawa resam hidup masing-masing. maka resam hidup melayu tidaklah pernah renggang dengan masjid walaupun dimana mereka berada. setahun selepas merdeka dalam tahun 1958, penduduk kampung ini yang namanya singai nibong hanya sembahyang berjemaah di sebuah surau kecil, imammya haji darmawi b hj jafri.mereka tidak mendirikan sembahyang jumaat. apabila penduduk bertambah ramai maka surau kecil itu dipindahkan ke sekeping tanah yang diwakafkan oleh haji omar bertempat di hadapan masjid sekarang. untuk mendirikan sembahyang jumaat jabatan hal ehwal agama islam diperlukan dengan syarat jawatankuasa masjid mestilah diasaskan. jawatankuasa ini dipengerusikan oleh yb tok hahi mohd abas b ahmad.setiausahanya hj omar dan bendaharinya hj abd manaf b hj abd hamid dengan 9 jawatankuasanya. sembahyang jumaat dimulakan setelah semuanya dapat diselesaikan. surau yang telah dijadikan masjid ini terpaksa dibesarkan kerana penduduknya bertambah ramai. sebuah surau dari kg bandar telah dipindahkan ke kg bahagia bagi menampung membesarkan masjid. semuanya atas daya usaha s.f. tuan guru hj hamdan b hj idris. jawatankuasa masjid pada masa itu memulakan usaha mendapatkan tanah tapak masjid dan akan mendirikan masjid.dengan berkat usaha yang gigih mereka dapat membeli tapak masjid yang ada sekarang. oleh sebab usaha mereka mendapatkan bantuan kerajaan terlalu lambat, maka dengan tekanan penduduk dan tuan guru hj hamdan, maka 1 mesyuarat agung telah diadakan dan sebuah jawatankuasa baru dibentuk di pengerusikan oleh haji tahir b tedoh, setiausaha-abdullah b abd hamid, bendahari-hj mohd arshad b hj ismial dan 9 orang jawatankuasa baru. setahun setelah jawatankuasa baru dilantik iaitu setahun selpesa tragedi 13 mei 1969 maka wang rm50,000 telah dapat dikumpulkan. dengan bantuan kerajaan rm50,000 maka kerja membina masjid dimulakan. dengan beberapa gangguan pada tahun 1974 masjid itu siap dibina dan mula digunakan sebagai tempat ibadah yang selesa. malangnya masjid selalu tirih (bocor) ketika hujan dan penduduk pula bertambah ramai, akhirnya jawatankuasa mengambil keputusan membesarkan masjid ini disebelah hadapan, dengan tambahan 40 kaki*60 kaki. tidak lama kemudian masjid tambahan siap pada tahun 1984 dan tambahan siap pada tahun 1984 dan atap masjid yang tirih ditukar pula dengan atap baru yang ada pada hari ini. akhirnya pada 1990 sekali lagi atas desakan s.f tuan guru haji hamdan b haji idris, sekali lagi masjid ini dibesarkan dengan belanja rm300,000 dengan perbelanjaan sendiri.kerja ini selesai pada tahun 1994. segala pujian bagi allah yang mengurniakan segala kemudahan dapat diusakan dengan berkat pengorbanan dan kerjasama yang erat dari seluruh penduduk kg bahagia, serta panduan dan galakan yang tidak berhenri dari tuan guru kita s.f tuan hj hamdan b haji idris.marilah kita meneruskan kerjasama ini untuk memeulakan pembinaan rumah wakaf yang akan membantu memudahkan pengurusan masjid bagi masa yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dan berpanjangan jauh lebih lanjut dari umur kita.in sha allah.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA