MASJID AN - NAIM

KAMPUNG CHIKUS 36750 CHIKUS , PERAK
PERAK
0804186
019 5630153
22/07/1980

SEJARAH

Masjid asal hanya dibina dengan menggunakan papan dan kayu. Hasil bantuan orang ramai dan rakyat temaptan, bantuan telah diperolehi dan digunakan untuk membina masjid yang baru yang lebih selesa. pada tahun 1958 bangunan masjid yanga asal hanya di bina dengan dinding papan dan kayu.tahun 1957 melantik ahli-ahli jawatankuasa untuk berusaha mencari dana pembinaan bangunan yang baru.tahun 1976 kebenaran dipohon dari jabatan agama islam untuk mendapatkan sumbangan kewangan dari masjid dan surau di seluruh malaysia serta pihak jabatan / pertubuhan lain yang ingin menyumbang.kelulusan diperolehi pada tahun yang sama.tahun 1981 pula, wang terkumpul hampir rm 200,000. tahun 1983, bangunan masjid yang baru siap dibina.

BINAAN

rekabentuk binaan dan plan bangunan disediakan oleh jabatan kerja raya. merupakan prototaip bagi kebanyakan masjid yang dibina dalam negeri perak pada era berkenaan. dibina dengan struktur barbatu sepenuhnya, bangunan ini berbentuk empat segi bujur dengan dua dewan solat. dewan solat utama terletak dibahagian hadapan manakala dewan solat kedua yang diasingkan dengan pembinaan collapsible divider, bersaiz kecil sedikit di bahagian belakang. sebuah menara dibina di sebelah sisi kanan masjid setinggi 5o kaki. manakal kubah dibina ditengah dewan utama. terdapat juba kubah kecil dibina diatas menara masjid. pada asalnya terdapat satu tempat wudhu dibahgian belakang sisi kiri masjid dan sebuah bangunan tandas untuk lelaki dan perempuan dibina secara berasingan di sebelah kiri masjid.

KEMUDAHAN

sejak dari pembinaan masjid ini, berbagai tambahan kemudahan telah dibina. selain dari meluaskan ruang solat bagi menampung bilangan jemaah yang bertambah, kemudajan lain turut juga disdiakan bagi kemudahan jemaah dan pengurusan masjid. -ruang tambahan solat dibina di kedua-dua bahagian sisi masjid bagi menampung bilangan jemaah. -

PETA





54181


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan