Menurut Haji Hafidz, cucu kepada pengasas Masjid ini (Haji Abdullah),Masjid ini disiapkan pada tahun 1879 seiring dengan pembinaan Masjid Jaamek di Teluk Intan. Masjid ini telah dibina oleh penduduk yang berketurunan Jawa yang telah berhijrah ke Tanah Melayu dan tinggal di sekeliling kawasan Bagan Datuk khususnya di kawasan Kampung Sungai Balai.
BINAAN
- Ruang anjung yang besar
- Mempunyai serambi untuk mengadakan perbincangan atau aktiviti ibadat lain
- Diperbuat dari kayu cengal yang kukuh