Pada asalnya, surau dibina pada tahun 1953 oleh orang kampung secara gotong-royong. Namun apabila ia tidak mampu menampung jumlah penduduk yang ramai, telah dibina sebuah masjid di tapak surau tersebut pada tahun 1970.
Bahan-bahan binaan diambil daripada wakaf bangunan Masjid Batu 10 Jenderata dan ia didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.Masjid dibina secara tradisional.
Perpindahan bangunan Masjid Batu 10 ke Tanjung Sari inilah yang menyebabkan tercetusnya nama Masjid Hijriah Tanjung Sari.
BINAAN
KEMUDAHAN
- ruang solat utama berhawa dingin
- kerusi untuk jemaah yang uzur