MASJID UBUDIAH

PARIT 19, KG SG PULAU. 36400 HUTAN MELINTANG
PERAK
0804146
019-5171571
09/08/1920

SEJARAH

Masjid ini dibina pada tahun 1920 oleh Allahyarham Haji Abd. Ghani Bin Haji Salleh pengasas utamanya. Kerja-kerja pembinaan secara bergotong-royong bersama ahli kariah masjid ini. Bahan utama daripada kayu-kayu nibong, cempedak dan lain-lain serta menggunakan peralatan seperti kapak dan gergaji tangan. Masjid ini juga menggunakan tiang kayu nibong sebagai tiang utama dan lantai serta beratap dan berdindingkan daun nipah / rumbia sebelum dinaiktaraf sedikit demi sedikit hasil kutipan derma dari ahli kariah dan orang perseorangan juga sumbangan dari luar kariah sehingga ke tahun 1980 an.

BINAAN

Pada awal tahun 80 an, masjid ini telah menerima pemberian wakaf ihsan berupa bahan binaan (kayu) yang masih boleh digunakan daripada masjid selekoh yang ketika itu mendapat peruntukan pembinaan masjid baru, wakaf tersebut dimanfaatkan sepenuhnya. Pada ketika itu kedudukan wang tabung masjid tidak mengizinkan bagi tujuan menaiktarafkan masjid bagi menampung jemaah yang kian bertambah ramai. Masjid ini amat memerlukan peruntukan pembinaan dan perbelanjaan yang tinggi, satu inisiatif dibuat dengan menyiarkan iklan di akhbar Utusan Malaysia keluaran 2 April 1983 bagi tujuan mendapatkan sumbangan sehinggalah pihak masjid mengutip derma melalui ahli kariah, orang perseorangan dan orang luar dari kampung ke kampung. Dengan kesabaran dan keikhlasan tugas murni tersebut maka terbinalah sebuah masjid yang indah tanpa bantuan kerajaan ketika itu. Kini keadaan masjid telah banyak mengalami perubahan kesan daripada sumbangan yang bertali arus dan tidak putus-putus dari dermawan/hartawan dari luar mahupun dalam kariah dapat menaiktaraf dari tingkap naco kepada tingkap slideding serta mempunyai 10 unit air-cond yang dapat memberi keselesaan kepada semua ahli kariah semasa menjalankan ibadat sembahyang berjemaah dan lain-lain aktiviti mengimarahkan masjid.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah seperti mempunyai tandas awam, parkir kenderaan, van jenazah koperasi masjid, kedai makan, bilik mesyuarat, setor dan tempat memasak.

PETA