Masjid Sungai Keli mula dibina pada tahun 1940-an dengan cara bergotong-royong oleh penduduk kampung di atas tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan oleh Allahyarham Tn. Haji Shafaq bersama dengan Tn. Haji Ghazali. Selain pembinaan masjid, tanah seluas 2 ekar itu sebahagiannya turut dijadikan tanah perkuburan.
Pada tahun 1964, atas usaha Alllahyarham Tn. Haji Hashim bin Haji Ismail, Ketua Kampung ketika itu, dapat peruntukan membina masjid baru ()peruntukan daripada PLB) bagi menggantikan masjid yang sudah uzur. Perbelanjaan pembinaan masjid ini telah menelan belanja sebanyak RM25 000.
Masjid yang telah siap dibina ini dibuka dengan rasminya oleh DYMM Raja Muda (Raja Muda Perak) pada tahun 1965.
Untuk keselesaan para jemaah, masjid ini diperbesarkan dan diubah suai luar dan dalamnya dari masa ke semasa. Perbelanjaan diperoleh daripada peruntukan kerajaan dan derma-derma wakaf orang ramai sehingga kini.
BINAAN
masjid ini berbentuk empat segi bujur. bangunan ini dihiasi oleh kisi-kisi di bahagian hadapannya. terdapat juga sebuah kolah besar berbentuk segi empat untuk kegunaan para jemaah mengambil wuduk. atap telah dibina dengan konkrit bertulang. sebuah kubah kecil dibina di tengah-tengah bumbung masjid.
dewan jemaah besar berbentuk empat persegi dan boleh memuat lebih kurang 200 orang dewasa.lantainya berlapik dengan permaidani yang berbelang menunjukkan saf-saf sembahyang. di pintu masuk dan di dinding hadapan terdapat tulisan ayat-ayat suci. disudut keiri bersebelahan pintu masuk utama terdapat sebuah bilik kecil. bilik kecil ini dikhaskan untuk kaum wanita.
mimbar terletak di bahagian hadapan. disebelah kiri terlatak bilik urusetia dan imam, manakala di sebelah kanan pula bilik untuk menempatkan p.a system.
KEMUDAHAN
-ruang solat lelaki dan perempuan
-tandas lelaki dan tandas perempuan
-stor simpanan barang-barang masjid
-berhampiran dengan jalan utama
-tempat letak kenderaan yang luas
-pondok rehat