MASJID KAMPUNG KOTA

36400 HUTAN MELINTANG
PERAK
0804138
017 5925060
04/08/1941

SEJARAH

Tanah telah diwakafkan oleh Raja Kahar/Raja Long dan keluarga. Masjid kg.kota terletak berhampiran Sungai Bernam iaitu kira-kira 30 meter. Pada suatu ketika dahulu, pinggiran sungai ini menjadi tumpuan utama kerana di sini terdapat jeti/pengkalan bagi penduduk berulang-alik ke rumah masing-masing, ke Sabak Bernam mahupun ke bandar Teluk Intan. Jadi masjid ini dibina bagi kemudahan ahli kariah dan luar kariah. Keluasan tanah adalah 1 ekar termasuk tanah perkuburan. Tarikh pembinaannya tidak dapat diketahui secara tepat tetapi menurut cerita dari Tuan Syed Hj Mohammad (orang yang paling awal datang ke Kg.Kota) ianya telah dibina sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Pada tahun 1960an, masjid ini telah diubahsuai dan diperbesarkan iaitu pada masa Tok Sidang Hashim. Lantainya telah disimen dan dimarmarkan (sumbangan Sidang Hashim dan upah dibayar oleh masjid) tingkap hasil sumbangan Raja Harun ( dari Gombak) dan dinding mozek luar hasi l sumbangan orang ramai.

BINAAN

struktur asalnya banyak menggunakan kayu. tiang utamanya masih lagi daripada kayu tetapi dindingnya sudah diganti dengan batu-bata. terdapat hanya satu kubah utama, tiada menara. bumbung asal daripada asbestos telah diganti dengan zink kilang.mihrabnya masih yang asal. ruang solat wanita telah diperbesarkan.siling di ruang solat utama telah diganti kali ketiga iaitu sekarang ini siling kapur. tempat wuduk sekarang ini secara berdiri di kolah dan paip menggantikan yang asal perlu duduk di kolah.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -parkir -tandas awam -gazibo

PETA