BATU 8, MUKIM TELUK BHARU,
36010 TELUK INTAN,PERAK
PERAK
0804127
0125406994
06/08/1962
SEJARAH
Pada tahun 1962, masyarakat Kg Batu 8 dan Kg Sungai Buluh serta penghulu mukim telah mengambil kata sepakat menubuhkan jawatankuasa untuk memohon kepada pihak Jabatan Agama Islam Perak agar membenarkan sebuah masjid di kg batu 8 ini didirikan.
pengasas/penasihat masjid ialah allahyarham tuan hj shaarani b mat akib bekas ketua kg teluk bharu pada tahun lima puluhan telah bersetuju mewakafkan 60'x80' dari tanah beliau untuk menjadi tapak masjid ini.
Hasil sumbangan dari orang ramai dan yang berbahgia Dato' Laksamana Raja Mahkota Dato' Mohd Ghazali, penaung masjid ini telah berjaya mendirikan sebuah masjid kayu yang boleh menampung jemaah lebih kurang 100 orang. Dalam tahun 1965, masjid ini mula digunakan untuk mendirikan sembahyang jumaat dan lain-lain aktiviti agama. Pengerusi masjid ketika itu ialah Encik Mohamad b Jalal dan jawatankuasa atas persetujuan tuan hj shaarani b mat akib bersetuju menamakan masjid ini masjid al-ghazali sempena mengenang jasa yang berbagia dato' laksamana raja mahkota dato' mohd ghazali kepada masjid ini.
pada tahun 1974 masjid ini telah dirasmikan oleh kebawah duli yang maha mulia raja muda perak.
pada tahun 1982 kerajaan persekutuan telah membina sebuah sek. men. sains teluk intan diseberang kg batu 8.dengan kerjasama penghulu tuan haji ayob dan penghulu hj shaarani b mohamad menjadi penghulu mukim teluk bharu dan dari belaulah tercetusnya untuk membina masjid baru yang lebih besar bagi menampung murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut.
ajk bertindak telah berjumpa dengan tuan hj shaarani b mat akib untuk mendapatkan kebenaran tanah untuk tapak. dengan persetujuan beliau melebarkan wakaf tanah beliau kepada 100'x120' bagi mendirikan masjid baru. pada tahun 1985 kerajaan negeri telah memberi peruntukan sebanyak rm230,000 bagi membina masjid baru yang boleh menampung jemaah seramai 400-450 orang, termasuk pelajar sek men sains teluk intan.
pengerusi masjid ketika itu Y.b dato haji shaarani b mohamad dari masa ke semasa masjid ini diubahsuai dengan membina kolah, tandas, serambi kiri dan kanan serta pagar batu melebihi rm100,000 seperti yang ada sekarang dari sumbangan y.b dan orang ramai untuk keselesaan jemaah.
BINAAN
Bercirikan minangkabau
KEMUDAHAN
-kolah untuk lelaki
-paip air ( untuk lelaki /wanita)
-bilik mandi lelaki / wanita
-tandas lelaki/ wanita
-satu bilik urusetia (pejabat) ada penyaman udara
-satu bilik stor sejadah
-satu bilik mesyuarat
-satu bilik stor kelengkapan memasak
-ruang jamuan untuk wanita
-ruang tempat sembahyang
-dewan solat lelaki/wanita disebelah dalam
-dewan solat kanan, kiri dan hadapan masjid
-kipas angin sebelah kanan
-kipas syiling
-kipas lekap
-kipas berdiri
-jadual waktu solat ada 4 buah
-meja untuk mesyuarat 2 bangku 15
-meja urusetia 1 buah bangku 1 buah
-p.a sistem/mic