MASJID AL - FALAH

KG. SUNGAI NIPAH DARAT, 36200 SELEKOH, PERAK
PERAK
0804126
0195516500
24/02/1937

SEJARAH

Pada tahun 1937, penduduk membina masjid ini secara bergotong-royong dan wakaf daripada orang ramai telah membina sebuah masjid. Pada tahun 1984, bangunan masjid telah dibaiki dengan kos pembinaan hasil kutipan derma daripada orang ramai.Pada bulan April 2007, hampir keseluruhan bangunan masjid telah dinaik taraf dengan menggantikan bahagian atap zink biasa dengan zink metal deck warna biru. Dinding kayu diganti dengan dinding batu dan cermin sliding. Lantai luar dan dalam ditinggikan lagi seperti yang ada sekarang.

BINAAN

Pada awalnya, masjid ini hanya berdindingkan kayu dan berlantaikan simen. Masjid juga tidak mempunyai menara sehinggalah masjid ini dinaiktaraf dan kini mempunyai dua menara. Masjid juga tidak mempunyai pagar pada waktu dahulu. Masjid pada ketika itu mempunyai titi berbumbung yang bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung. Namun kini, titi berbumbung tersebut telah dirobohkan.

KEMUDAHAN

Ruang solat muslimin dan muslimat yang berhawa dingin Tandas muslimin dan muslimat serta kemudahan tandas VIP dan tandas OKU Mesra OKU (kerusi roda) Ruang parkir yang luas

PETA