Sejarah awal masjid ini telah dibina pada tahun 1911 iaitu tarikh yang paling hampir di kesan (tarikh geran tanah tapak masjid)
Berdirinya masjid ini hasil daripada permuafakatan, kerjasama, gotong-royong dan semangat keagamaan penduduk awal Kampung Sungai Tiand Darat yang dipelopori oleh ketua kampung ketika dulu iaitu Tuan Haji Noor (alas) serta dibantu oleh agamawan-agamawan, hartawan-hartawan dan dermawan-dermawan peringkat kampung.
Mereka menyediakan sekeping tanah kebun kelapa seluas 6 hektar. Satu hektar untuk tapak masjid, satu hektar untuk tanah perkuburan dan 4 hektar lagi kebun kelapa untuk wakaf khas bagi masjid itu terutama hasilnya untuk elaun siak. Masjid ini pada sejarah awalnya dinamakan Masjid Jami' Sungai Tiang Darat.
Pembinaan masjid ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu ruang mihrab, ruang solat jemaah, ruang pengajian/majlis-majlis perayaan, ruang serambi dan yang terakhir ruang dewan muslimat. Semasa penerokaan hutan di tapak masjid ini ada sepohon kayu yang besar dan kemudiannya diproses untuk dijadikan tiang seri masjid ini dan disediakan juga sebuah rumah yang lengkap untuk tempat tinggal siak sekeluarga. Tempat wuduk dan tempat pembersihan diri juga disediakan ketika itu. Terdapat dua buah kolam di luar masjid dan sebuah kolah besar di dalam ruang serambi masjid yang bergantung kepada air hujan.
Pegawai-pegawai masjid, Imam 1 pada ketika itu di bawa masuk dari kampung iaitu Tuan Guru Haji Hassan juga untuk guru agama di masjid tersebut, serta disediakan rumah dan kebun kelapa untuk kehidupannya. Ada juga disediakan penghebahan waktu solat dan pemberitahuan soal kematian dengan sebuah bedok dan kerantong hasil daripada penerokaan hutan di situ.
Menara masjid didirikan pada tahun 2009 atas sumbangan orang ramai yang menelan belanja rm12000. Pada tahun 2011, tandas baru untuk jemaah lelaki tambahan disediakan yang mempunyai 3 bilik tandas dan 1 bilik mandi beserta kolah untuk mandi bagi kemudahan para musafir khususnya. Naik taraf lantai 'mozek' di bahagian serambi, ruang pengajian, mengganti zink, tempat wuduk lelaki di bahagian depan masjid, membaiki tempat wudhu' dan tandas muslimat dan pendawaian semula telah dilakukan sekali yang menelan belanja rm40,000. Kontraktor tempatan di ketuai oleh Tuan Hj Ismail terima, Encik Abd Latif b Hj Yaasin dan rakan-rakannya di kalangan penduduk kampung setempat. Manakala kontraktor pendawaian elektrik ialah Encik Mohd Rashid dan rakan-rakannya.
Pada tahun 2013, iaitu sebelum hari raya aidilfitri, karpet baru telah dibeli dan dipasang di ruang jemaah lelaki dan perempuan yang menelan belanja rm60,000 hasil duit wakaf dan kutipan derma semasa. 'awning' baru di sekeliling tingkap dan grill tingkap besi berkilat dibuat menggantikan grill lama yang telah berkarat bagi mengelakkan tempias air hujan dan mencantikkan lagi masjid. Sebelum ramadhan, semasa gotong-royong perdana, dibuat penambakan parit dibahagian kiri masjid bagi menambah tempat letak kenderaan. Bumbung lutsunar bagi menyediakan ruang terbuka telah dibuat oleh kontruktor luar dengan menelan belanja sebanyak rm30,000.
Elok juga diambil ingatan bahawa 99% penghuni di kampung itu etnik melayu jawa. Jadi kitab-kitab khutbah dan khutbahnya disampai dalam bahasa jawa kerana imam-imamnya dan pendengarnya juga kurang fasih dalam bahasa melayu.
Itulas asa-asas sejarah awal bagi masjid ini yang telah disediakan oleh generasi awal yang dapat dikesan, sebagai tapak dan asas-asas awal untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.
Sejarah ini berdasarkan cerita dari mulut ke mulut dan pengamatan yang munasabah dari kesan-kesan yang ada.
BINAAN
Binaan masjid yang ada sekarang berasaskan binaan batu