Masjid ini telah ditubuhkan sekitar awal 1950-an. Pada tahun 1967, DYMM Raja Muda pada ketika itu telah mencemar duli untuk hadir sama solat Jumaat di masjid ini. Pada tahun 2015, masjid telah melakukan ubahsuai dengan menyediakan pendingin hawa dan karpet yang baharu.
BINAAN
Masjid ini masih mengekalkan struktur asal binaan masjid iaitu berdindingkan kayu. Walaupun begitu, ia telah dinaiktaraf dengan adanya karpet yang baru dan berhawa dingin.
KEMUDAHAN
Ruang solat muslimin dan muslimat yang selesa dan berhawa dingin
Balai lintang
Dapur
Tandas muslimin dan muslimat yang selesa