pada tahun 1904 masjid ini telah dibina diatas tanah di kg sungai ular.pembinaan ini dilakukan diatas usaha gotong-royong penduduk kampung dan usaha wakaf diatas kesedaran seluruh penduduk kampung dalam mengembangkan syiar islam.
pada tahun 1926 dalam tempoh 22 tahun masjid ini dipindahkan di sebuah tanah di kg sungai betul. tanah ini adalah diwakafkan oleh seorang yang bernama tuan hj ismail b rani. keluasan tanah ini adalah 1 setengah ekar. diatas pemberian ikhlas untuk mendirikan sebuah masjid maka masjid ini dinamakan masjid ismailiah bersempena dengan sumbangan pemberian tanah tersebut.
masjid ini telah banyak dibaik pulih dan diubahsuai dengan bantuan wakaf orang ramai. disamping itu bantuan disalurkan dari agensi kerajaan dan daripada ahli yang berhormat parlimen.
BINAAN
KEMUDAHAN
-tempat wudhu
-telekung
-sejadah
-ruang masak
-parkir
-tandas awam
-kerusi orang kurang upaya