MASJID AL-ISTIQAMAH

KG. SUNGAI TIANG DARAT, 36200 SELEKOH, PERAK
PERAK
0804069
05-6487892
07/08/1911

SEJARAH

Sejarah awal masjid ini telah dibina pada tahun 1911 iaitu tarikh yang paling hampir dikesan (tarikh geran tanah tapak masjid). Berdirinya masjid ini hasil daripada permuafakatan, kerjasama, gotong-royong dan semangat keagamaan penduduk awal kampung Sungai Tiang Darat yang dipelopori oleh ketua kampung ketika dulu iaitu Tuan Haji Noor (Alas0 SERTA DIBANTU OLEH AGAMAWAN-AGAMAWAN, HARTAWN-HARTAWAN DAN DERMAWAN-DERMAWAN PERINGKAT KAMPUNG. MEREKA MENYEDIAKAN SEKEPING TANAH KEBUN KELAPA SELUAS 6 HEKTAR.SATU HEKTAR UNTUK TAPAK MASJID, SATU HEKTAR UNTUK UNTUK TANAH PERKUBURAN DAN 4 HEKTAR LAGI KEBUN KELAPA UNTUK WAKAF KHAS BAGI MASJID ITU TERUTAMA HASILNYA ELAUN SIAK. MASJID INI PADA SEJARAH AWALNYA DI NAMAKAN MASJID JAMI SUNGAI TIANG DARAT. DITUKAR NAMA KEPADA MASJID AL-ISTIQAMAH DENGAN MESEJ ISTIQAMAH DALAM SEMUA PERKARA IBADAH DAN KEBAIKAN.

BINAAN

-BENTUK SENIBINA JAWA SEPERTI MASJID DEMAK INDONESIA. -BINAAN TIANG DAN RANGA KAYU. BERTAPAK, LANTAI DAN DINDING BAWAH BERKONKRIT -KUBAHNYA BERBENTUK SEGIEMPAT , BERBUMBUNG ZINK KILANG SERAP BUNYI AIR HUJAN. -MENARA BERTAPAK KONKRIT, BERTIANG DAN BINAAN KAYU. -BERSYILING PAPAN BERLIDAH DENGAN SENIBINA KAYU YANG UNIK DAN BERUKIR DENGAN BENTUK CORAK BERBAGAI DENGAN TULISAN KHAT. -RUANG MIHRAB DAN RUANG SOLAT LUAS DAN SEDERHANA TINGGI -MIMBAR KAYU BERUKIR BUATAN SENDIRI ANAK TEMPATAN

KEMUDAHAN

-TEMPAT WUDUK -TELEKUNG -SEJADAH -RUANG MAKAN -RUANG MEMASAK -PARKIR -TANDAS AWAM -van jenazah -bilik air tanah perkuburan

PETA