MASJIDUN NAIM

TAMAN SERI SETIA, 36000 TELUK INTAN, PERAK
PERAK
0804061
019 5780705
30/11/-0001

SEJARAH

Tanah yang diwakafkan oleh Syarikat Perumahan Orang-Orang Melayu Teluk Intan. Kos pembinaan adalah daripada kutipan orang awam di sekitar Taman Seri Setia dan Padang Tembak.

BINAAN

rekabentuk binaan dan plan bangunan disediakan oleh jabatan kerja raya. merupakan prototaip bagi kebnayakan masjid yang dibina dalam negeri perak pada era berkenaan.dibina dengan struktur berbatu sepenuhnya, bangunan ini berbentuk empat segi bujur dengan dua dewan solat. dewan solat utama terletak dibahagian hadapan manakala dewan solat kedua yang diasingkan dengan pembinaan collapsible divider, bersaiz kecil sedikit di bahagian belakang. sebuah menara dibina di sebelah sisi kanan masjid setinggi 50 kaki. manakala kubah dibina ditengah dewan utama.terdapat juga kubah kecil dibina di atas menara masjid. pada asalnya terdapat satu tempat wudhu' dibahagian belakang sisi kiri masjid dan sebuah bangunan tandas untuk lelaki dan perempuan dibina secara berasingan di sebelah kiri masjid.

KEMUDAHAN

-ruang tama=bahan solat dibina di kedua-dua bahagian sisi masjid bagi menampung bilangan jemaah -sebuah balai lintang turut dibina sebagai dwi-fungsi iaitu sebagai ruang tambahan solat terutama hari jumaat, juga sebagai pusat aktiviti masjid. -bangunan tambahan tandas berasingan untuk muslimah dan oku turut disediakan bagi memenuhi keperluan. -tempat wudhu tambahan juga ditambah teruatama pada pintu masuk masjid bagi keperluan jemaah ( terdapat 5 kawasan mengambil wudhu') -sebuah perpustakaan dengan kemudahan bilik kuliah dibina untuk menampung keperluan kelas pengajian. -bilik imam dan bilik siaraya dibina khas untuk kemudahan solat berjemaah. -ruang solat juga dilengkapi dengan sistem penghawa dingin -sebuah pejabat masjid dan bilik gerakan disediakan di bahagian belakang masjid. -bagi menampung keperluan mengadakan aktiviti biro wanita dan urusan rumah tangga, sebuah dewan an nisa' disediakan bagi tujuan tersebut.dewan ini juga digunakan sebagai kelas pengajian. turut disediakan adalah dewan khas untuk aktiviti belia. -sebuah rumah tetamu dan dijadikan juga sebagai homestay, turut menjadi kemudahan dimasjid ini. -selain dari binaan kemudahan asas , masjid turut menyediakan kemudahan/ alatan lain yang dapat dimanfaatkan oleh pengunjung, ini termasuk kemudahan alatan kecemasan seperti strecher, kerusi roda, alat memeriksa tekanan darah dan sebagainya. -kemudahan sukan juga turut disediakan dan akan ditambah dari masa ke semasa.

PETA





54183


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan