Didirikan di atas sebidang tanah hasil wakaf dari ketua kampung iaitu Allahyarham Kasbullah.
Pengasas masjid ialah Allahyarham Kiyai Hj. Asiff, pengerusi pertama pula ialah Hj. Ahmad Sidek Bin Hj. Asiff.
Pada mulanya ia hanya dapat menampung hanya 70/80 jemaah, namun pada masa kini ia sudah boleh menampung seramai 800 jemaah dalam satu-satu masa.
Tahun 2007, AJK Kariah akan melakukan naik taraf dan baik pulaih masjid.
Kini, kerja-kerja tersebut sedang dalam proses pembaik pulihan.
BINAAN
Seni bina bercirikan kampung,tiada ukiran seni Islam,terdapat sebuah menara,dua buah kubah dibahagian atas hadapan bangunan,dan sebuah kubah atas tengah bangunan.
KEMUDAHAN
1. PA Sistem.
2. Bilik Imam dan Bilal.
3. Stor.
4. Bilik mesyuarat.
5. Bilik Pejabat Pentadbiran.
6. Sebuah tandas dan tempat wuduk lelaki.
7. Sebuah tandas dan tempat wuduk wanita.
8. Sebuah tandas awam.
9. Sebuah balai lintang.
10. Sebuah garaj.
11. Sebuah setor barang dan dapur.