Masjid Jamek Ladang Ulu Bernam telah dibina seawal tahun 1940an dan pengasasnya ialah Almarhom Imam Hj Abd Ghani Bin Jais. Masjid dibina diatas tapak tanah ladang ulu bernam yang telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Perak. keluasan tapak masjid adalah 1 ekar. oleh kerana keuzuran masjid lama, maka masjid baru telah dibina pada tahun 1996 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 400,000.00 peruntukan kerajaan negeri persekutuan. keseluruhan struktur masjid dibina daripada batu-bata serta dapat menampung jemaah seramai 400 orang.
BINAAN
struktur masjid ladang ulu bernam dibina daripada batu dan bercirikan masjid al-aqsa di palestin. mempunyai kubah berwarna emas kekuningan dan mempunyai ruang solat yang luas dapat menampung seramai 400 orang jemaah. mempunyai mimbar yang diukir dengan ayat al-quran dan tidak menggunakan paku.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-parkir
-tandas awam