Masjid ini adalah yang kedua dibina oleh penduduk kampung sungai sumun (masjid yang pertama adalah di tanah wakaf parit 5 baroh). sekarang ini telah dijadikan tanah perkuburan islam sungai sumun. tanah masjid ini diwakafkan oleh tuan haji abdul razak. ketua jawatankuasa pembinaan masjid ialah tuan haji hussein, dibantu oleh tuan haji nor, tuan haji mahmud dan tuan haji said. proses pembinaan dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk kampung sungai sumun. pembiayaannya adalah dari wakaf dan sumbangan penduduk dan orang ramai. di belakang bangunan masjid dikorek kolam besar untuk menambah tapak masjid. di kiri dan kanan bangunan dikorek kolam untuk berwuduk. bangunan masjid dibina dari kayu cengal dan kayu cempedak air. manakala lantainya bersimen. masjid mengalami perubahan apabila jemaahnya bertambah. dalam tahun 1960, kubah telah berubah kepada bentuk bulat sehingga sekanrang.
BINAAN
-atap masjid berbentuk atap cina
-dindingnya seperti dinding rumah melayu
-ada beranda yang berpagarkan kekisi papan berbunga dan berlekok
-mihrab diperbuat daripada kayu dengan seni pertukangan orang lama (dipercayai mihrab asal)
-balai ketibaan telah siap dibina pada bulan april 2015
-senibina keseluruhannya adalah jawa