Masjid Kampung Sungai Dulang Dalam mula dibina di awal tahun 50an bertempat di Sungai Baru, keluasan masjid ialah 25 x 30 kaki di bina bangunan batu konkrit pada tahun 1958.
Dengan persetujuan penduduk memohon bantuan daripada kerajaan dan separuhnya di biayai oleh pihak penduduk. Maka terbinalah sebuah masjid baru dengan keluasan 30 x 30 kaki persegi diatas tapak tanah keluasan 100 kaki persegi yang diwakafkan oleh Tuan Haji Jabar. Jarak daripada masjid lama ialah 600 meter dan masjid lama masih kekal dan dijadikan surau dikawasan tersebut.
Masjid baru telah didaftarkan dan diberi nama Masjid As-Saadah Kampung Sungai Dulang Dalam.
BINAAN
KEMUDAHAN
- tempat wudhu
- telekung
- sejadah
- bilik mesyuarat
- bilik pegawai masjid
- ruang makan
- ruang memasak
- tandas awam
- kerusi orang kurang upaya
- perpustakaan