MASJID AL - UBUDIAH

KAMPUNG BARU BATU 16,36300 SUNGAI SUMUN, PERAK
PERAK
0804030
05 6480273
28/06/1959

SEJARAH

Bermula dengan sebuah surau yang didirikan di atas sebidang tanah oleh Tuan Haji Salleh pada tahun 1934 yang diasaskan oleh Tuan Haji Sidek bin Haji Abd. Manan serta beberapa orang penduduk. Dua tahun selepas itu (1936) AJK yang di bentuk ketika itu telah memohon kepada MAIPk memohon kebenaran untuk dijadikan tempat solat Jumaat. Pada tanggal 21 Zulhijjah 1378 bersamaan hari ahad 28 jun 1959, ahli kariah telah berjaya membina sebuah masjid yang diberikan nama masjid Al-Ubudiah yang turut dipelopori oleh beberapa tokoh ketika itu termasuklah ketua kampung yang pertama iaitu En. Metut bin Arshad dengan kos hasil dari kutipan derma daripada orang ramai. Pada Oktober 1996, masjid ini telah berjaya mengumpulkan modal untuk pengubahsuaian bangunan masjid sebanyak RM 118 ribu dimana RM 105 ribu adalah derma dari seorang usahawan (ahli korporat) manakala selebihnya hasil kutipan daripada orang ramai. Kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan secara gotong royong oleh para tukang kayu anak tempatan dengan bayaran upah yang dipatutan. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian, masjid ini masih boleh digunakan untuk mendirikan solat jumaat kerana kerja-kerja yang dijalankan dilakukan secara beransur-ansuran. Struktur bangunan lama tidak banyak diubah.Kerja-kerja pembinaan telah dapat disempurnakan pada oktober 1997 dan telah dapat digunakan sepenuhnya dengan selesa pada akhir disember 1997 dengan mengadakan kenduri kesyukuran oleh penduduk kariah.Tiada upacara perasmian yang dilakukan oleh mana-mana pihak ketika itu.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA





54185


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan