Masjid ini dibina pada tahun 1930an. Kayu dan bahan asalnya adalah sebuah rumah yang diwakafkan oleh seorang Hamba Allah dari Teluk Intan, Perak. Ianya dibawa dari Teluk Intan dengan menggunakan perahu melalui laluan laut dan diturunkan di Kuala Bagan Tiang. Kemudian kayu-kayu tersebut diangkut dengan menggunakan sampan melalui jalan air ( pari ) himgga ke Parit Haji Wahab. Pembinaan masjid ini dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.
BINAAN
Masjid ini tidak mempunyai kubah, tetapi mempunyai menara. Bumbungnya menggunakan asbestos. Mempunyai banyak kerawang di bahagian atas tingkap. Tingkapnya diperbuat daripada papan. Dindingmya diperbuat daripada kayu manakala lantainya diperbuat daripada simen.
KEMUDAHAN
- tempat wudhu
- telekung
- sejadah
- ruang makan
- ruang memasak
- parkir
- tandas awam