Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Hajjah Mariam bt Awang dan adik beradik pada 18/09/1993 bersamaan 02 Rabiulakhir 1414h. Pada 08/11/1993, tanah merah mula ditambak di tapak ini. Pada 11/11/1994, pembetulan kiblat telah dilaksanakan oleh Jabatan Ukur disertai oleh tuan PTA daerah Parit Buntar. Pemborong ialah En Mustafa N Hj Haron. Tarikh mula kerja pembinaan pada 05/01/1995. Sembahyang Jumaat kali pertama dibuat pada 30/09/1995 dimulakan dengan bacaan yassin/tahlil. Perasmian surau dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak Yang Berbahagia Tuan Hj Azmi b Abu Syujaz pada 29/04/1996.
Pada 26/05/1998, Jawatankuasa menghantar permohonan ke Jabatan Agama Islam Ipoh untuk naik taraf ke Masjid Jamek hasil persetujuan dalam mesyuarat agong pertama pada 27/03/1998. Pada 31/03/1999, Majlis Fatwa Negeri Perak telah meluluskan naik taraf Masjid Jamek Titi Serong, Parit Buntar, Perak.
Setelah 11 tahun berlalu dari naik taraf masjid, dalam satu mesyuarat jawatankuasa masjid, pengerusi mengesyorkan agar masjid sedia ada ketika itu dibuat pengubahsuaian membina kubah menampakkan keagungan masjid. Kos pembinaan dicadangkan memohon kepada Kerajaan Persekutuan atau pun Negeri. Satu kertas kerja lengkap dengan pelan telah dimajukan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada bulan Oktober 2012.
Alhamdulillah pada tanggal 14HB Disember 2012, YAB Dato Dr. Zambri Abd. Kadir meluluskan bantuan sebanyak RM260,000 dan dimasukkan terus ke akaun masjid. Pengubahsuaian masjid ini dimulakan pada awal April 2013 dan siap sepenuhnya pada September 2013 dan kos keseluruhan sebanyak RM310,000. Wang wakaf masjid digunakan sebanyak RM50,000 bagi menampung kos yang terlibat. Masjid ketika ini berhawa dingin sepenuhnya dengan sebuah kubah hijau yang besar.
BINAAN
Masjid Jamek Titi Serong kini dibuat dari batu bata sepenuhnya mempunyai sebuah kubah besar warna hijau pekat, berhawa dingin jenama Daikin. Bumbung metal deck bersepun serap haba dengan tulisan khat jawi ( mural ) di empat penjuru di bawah kubah keliling empat tiang. Menara asal dikekalkan.
KEMUDAHAN
-tempat wudhu
-telekung
-sejadah
-bilik mesyuarat
-pejabat masjid
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-laluan orang kuran upaya
-kerusi orang kurang uapaya
-perpustakaan mini
-ruang it