MASJID JAMEK TEBUK HAJI MUSA

TEBUK HAJI MUSA, TITI SERONG, PERAK
PERAK
0803099
017-5686189
01/01/1984

SEJARAH

Masjid Jamek Haji Musa adalah sebuah Masjid yang tua di negeri Perak. Masjid ini terletak di Tebok Haji Musa Titi Serong, 34200 Parit Buntar, Perak. Mengikut sejarah Masjid ini di dirikan pada tahun 1884 oleh Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Amin dan saudara maranya. Bilangan penduduk ketika itu kira-kira 300 orang. Allahyarham Tuan Haji Musa merupakan orang yang mula-mula megasa pembukaan Tebok Haji Musa Titi Serong. Beliau berasal dari Kesah dan kemudian berpindah ke Kampung Belah Dua, Kampung Setoi dan Seberang Perai dan seterusnya berhijrah ke Kampung Tebok Haji Musa. Kampung Tebok Haji Musa di buka antara tahun 1875 dan 1878.

BINAAN

Masjid ini di bina hasil kutipan orang ramai melalui wakaf barangan, derma dan wakaf. Masjid ini dan tanah kawasan Masjid diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Amin. Tapak asal Masjid berukuran 114 kaki panjang dan 52 kaki lebar. Pada bahagian hadapan mehrab berukuran 14 kaki panjang dan 12 kaki lebar. Pada masa kini, keluasan Masjid telah ditambah 14 kaki lebar disebelah hadapan dan 95 kaki panjang. Tempat wuduk disebelah hadapan berukuran 23 kaki panjang dan 23 kaki lebar. Dewan makan berukuran 34 kaki panjang dan 41 kaki lebar. Keluasan semua ialah 8,046 kaki persegi.

KEMUDAHAN

Kemudahan dalaman : Karpet, kipas angin, lampu, langsir dan tirai, tempat wuduk (perempuan), watercooler, sebuah almari besar dan dua belas rak buku bahan bacaan (kitab-kitab Al-Quran, Al-Quran terjemaah, Tafsir Al-Quran, Kitab-kitab Hadis dan beberapa buah buku bacaan yang lain) Kemudahan luaran : Dua tempat wuduk lelaki (kolah), tandas, tempat memasak, tempat duduk, tempat parking kereta, tempat letak motorsikal dan basikal berbumbung. Harta Masjid : Pinggan mangkuk (peralatan makan minum), alat-alat pembesar suara, khemah dan kerusi, dua buah jam besar, satu buah jam elektrik bernilai RM1,500 dan satu buah jam kayu bernilai RM1,000 dan sebuah enjin generator vaccum bernilai RM2,000, satu alat alas mandi jenazah.

PETA