MASJID JAMEK BATU

PARIT HAJI MANAN, 34350 KUALA KURAU, PERAK
PERAK
0803095
0194259823
16/05/1934

SEJARAH

Masjid ini dibina disekitar tahun 1913 Masihi bersamaan 1334 tahun Hijrah. Maklumat ini diperolehi daripada catatan diukir pada mimbar masjid ini. Bangunan asal masjid ini dibina dengan bata merah, pasir dan kapur. Kerja pembinaan dikhabar dilakukan oleh tukang-tukang berbangsa cina. Walaupon telah menjangkau usia yang begitu lama, bangunan asal masjid ini masih kekal berdiri teguh hinggalah sekarang. Setelah melalui suatu masa yang begitu panjang, sudah tentu berlaku beberapa perubahan dan penambahbaikan dan pengubahsuaian dilakukan bagi kemudahan dan keselesaan pada ahli kariah atau jemaah. Sebagai contoh bangunan masjid dibesarkan dan beberapa kemudahan lain diadakan, bersesuaian dengan tuntutan dan peredaran masa.

BINAAN

struktur binaan dan senibina masjid ini adalah bercirikan senibina jawa. manakala bumbung asal bangunan masjid ini adalah menggunakan genting-genting kecil diperbuat daripada tanah. atap genting tersebut telah pun ditukar, dengan sekarang ini menggunakan atap asbestos

KEMUDAHAN

-tempat wudhu -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -pejabat masjid -ruang memasak -parkir -tandas awam -kerusi kurang upaya

PETA