Sepanjang kewujudan Kg.Nibong Hangus telah mempunyai 5 buah masjid. Masjid pertama dibuat daripada kayu, setelah uzur digantikan dengan yang kedua, ketiga dan keempat. Lokasi semuanya di tepi sungai. Masjid keempat sudah uzur dan tapaknya terlalu hampir dengan sungai kurau. Pada 1987, Kg.Nibong Hangus diluluskan sebuah masjid baru dengan kos RM250,000. Pada masa yang sama 1 rancangan kampung tersusun mencantumkan 3 kampung iaitu Nibong Hangus, Tanjung Nipis dan Bagan Tebu telah diluluksn oleh unit perancang ekonomi.
Dengan itu, ajk masjid telah bersetuju agar masjid baru yang telah diluluskan dibina di tapak baru PSKT yang akan dimajukan. Setelah tapak perkampungan PSKT siap beberapa kali tender untuk membina masjid baru dibuat tetapi gagal kerana peruntukannya tidak mencukupi. Pihak ajk berusaha mendapatkan peruntukan tambahan dengan berjumpa sendiri Pengarah JKR Negeri Perak di Ipoh.
Akhirnya peruntukan tambahan telah diluluskan sebanyak RM150,000. dengan peruntukan keseluruhan yang berjumlah RM400,000 Masjid al-Muhajirin ini telah dibina pada tahun 1993 dan mula digunakan pada tahun 1995.
BINAAN
-bangunan batu
-tiada kubah
-satu menara
-genting simen
-1 mehrab
-ruang solat
-3 seni khat
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-ruang memasak
-tandas awam