Masjid ini telah dibina oleh penduduk kampung yang mula menetap di kampung tersebut dengan hasil kutipan sebanyak RM2000. Masjid ini di bina semula dan diubahsuai dengan kutipan dari ahli-ahli kariah tempatan dan berhampiran. Diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Yasin dan setiausahanya Tuan Haji Ismail Bin Abdul Rahman. Setelah siap binaan, Masjid tersebut telah dirasmikan oleh Raja Muda Perak Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan pada tahun 1957.