Dalam tahun 1950 hingga tahun 1960, beberapa kampung termasuk Kg. Teluk Muroh, Kg. Padang Tembak,Kg. Eluk Batik, Kg. Batu Gajah dan Kg. Teluk Rubiah dalam satu kariah iaitu kariah Teluk Muroh.
Masjid yang sedia ada adalah pada masa itu kedudukannya di dalam Kg. Batu Gajah yang mana Kg. Batu Gajah sekarang ini ialah kawasan pengkalan tentera laut diraja malaysia, lumut.
persekitaran kg -kg tersebut jarak dengan masjid agak begitu jauh diantara satu-satu kg. sehubungan denagn itu ahli kariah kg teluk muroh dan padang tembak telah menubuh satu jawatankuasa kariah dengan persetujuan jabatan agama manjung, telah mencadangkan untuk mendirikan sebuah masjid yang baru dan berhampiran dengan kg teluk muroh, padang tembak dan kg teluk muruh.
tahun 1963 masjid telah dapat didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba allah dan telah diberi nama masjid sultan idris shah ii teluk muroh lumut, perak.
memandangkan persekitaran kg teluk muroh dan kg padang tembak telah bertambah dengan taman-taman dan pembangunan yang pesat dan jemaah telah bertambah, dalam tahun 2013 masjid sultan idris shah 11 telah diubah suai selama 3 tahun dengan perbelanjaan kos 3.4 juta ringgit. pada bulan jun 2015, masjid telah siap. jabatan agama negeri perak, jabatan kerja raya dan jawatankuasa masjid telah memberi kebenaran untuk sembahyang di masjid baru.
dibawah naungan masjid sultan idris shah 11, terdapat surau al madrasah al badariah, tanah perkuburan dan pertubuhan khairat kematian kg padang tembak kg teluk muroh.
BINAAN
Mempunyai kubah, menara, bumbung, mihrab.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-bilik mesyuarat
-bilik pegawai masjid
-pejabat masjid
-ruang memasak
-ruang makan
-parkir
-tandas awam
-gazibo
-bilik pengurusan jenazah