MASJID AZ ZAKIAH

KG. TANJUNG KEPAH LEKIR, 32020 SITIAWAN, PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0802087
012-4580827
07/12/1965

SEJARAH

Masjid ini telah diasas pembinaan nya oleh Tuan Guru Haji Mohd. Noor bin Ibrahim bersama-sama seluruh penduduk kariah Tanjung Kepah Lekir yang merangkumi Kampung Tanjung kepah Lekir, Kampung Sungai Lombong Lekir, Sepertiga Kampung Batu 8 Lekir, Kampung Batu 9 Lekir, dan Kampung Sungai Selaba Lekir. Masjid ini telah didirikan diatas Tanah Lot 161, Tanjung Kepah Lekir, yang telah diwakafkan oleh seorang hamba ALLAH yang dikenali sebagai Pak Lop. Manakala bangunan masjid ini pada ketika itu, merupakan sebuah rumah penduduk kampung yang diwakafkan sebagai sebuah surau dan dinaik taraf menjadi sebuah masjid . Pembinaan Masjid Az-Zakiah ini telah direstui dan diiktiraf oleh tuan kadi Imran yang berjawatan sebagai Kadi Daerah Dinding untuk diberi kebenaran untuk dilaksanakan solat Jumaat. Beliau juga telah memutus untuk menggunapakai kaedah syarak dari sungai ke sungai bagi penentuan sempadan kariah Masjid Az-Zakiah Tanjung Kepah Lekir. Oleh itu telah diputuskan bahawa sempadan kariah masjid az-zakiah tanjung kepah lekir adalah bermula dari sungai lekir hingga sungai selaba dan seluruh kampung sungai lombong lekir. Pengubahsuaian masjid ini dilakukan dari masa ke semasa bagi menampung peningkatan jumlah jemaah dengan peruntukan kos yang ditanggung oleh seluruh ahli kariah Masjid Tanjung Kepah, Lekir dan orang persorangan yang berada di luar negeri Perak dari dahulu sehingga kini.

BINAAN

Struktur binaan : bangunan batu, beratapkan asbestos dan atap kilang (awning) . tiada kubah dan menara.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk lelaki -tempat wuduk perempuan -telekung -sejadah -ruang makan -ruang memasak -parkir -tandas awam -ruang bilik kuliah

PETA