MASJID AN-NAWAWI

PENGKALAN BHARU, 34900 PANTAI REMIS PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0802083
012-4846659
09/08/1999

SEJARAH

Masjid An Nawawi terletak di Kg. Pengkalan Baru Pantai Remis. Masjid ini mula dibina pada sekitar awal tahun 1920an. Maklumat asas tidak diperlohi hanya melalui sumber yang boleh dipercayai. Tapak asal masjid ini adalah bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Islam Kg. Pengkalan Baru. Masjid ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Pada tahun 1939, Masjid An Nawawi telah berpindah ke kawasan sekarang. Pembinaan dibuat secara berperingkat oleh penduduk kampung menggunakan binaan kayu yang diambil dikawasan sekitar. Balai Lintang dan ruang masak juga dibuat seiring dengan pembinaan masjid. Cetusan untuk membina masjid baru bermula sejak tahun 1985, atas sebab pertambahan penduduk. Ruang solat tidak mencukupi untuk menampung jemaah semasa solat Jumaat dan solat sunat hari raya. Mulai tahun 1990, atas inisiatif ADUN Pengkalan Baru telah melantik AJK bagi pembinaan masjid baru. Masjid baru mula dibina pada tahun 1999 dengan dibiayai oleh Kerajaan dan derma dari orang ramai. Masjid siap dibina dan digunakan pada 1HB November 2002. Nama Masjid An Nawawi ini diambil sempena nama Hj Nawawi Bin Hj Tahir iaitu tokoh ulama terkenal di Negeri Perak. Masjid An-Nawawi dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah Muhibbudin Shah pada 18HB September 2008.

BINAAN

STRUKTUR BINAAN DARIPADA BATU BATA DAN DINDING BERASASKAN CERMIN KACA FRAME ALUMINIUM

KEMUDAHAN

-tempat wudhuk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang masak -parkir -tandas awam -ruang bilik kuliah -gazibo ( pondok rehat ) -kawasan riadah

PETA