MASJID AN- NURIAH

KG. CHANGKAT CERMIN, 32400 AYER TAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0802082
0103134375
20/07/2012

SEJARAH

Sejarah awal Masjid An-Nuriah Kg. Changkat Chermin pada asalnya di atas sebidang tanah milik 2 orang penduduk kampung iaitu En Uda Zainal dan En Yaakob, Tuan Hj Sahih B Malim Mamat, ketua kampung pada masa itu telah membangunkan tanah tersebut sebagai tapak masjid, tanah perkuburan dan harta waqaf masjid. Pada tahun 1950an, Kg. Changkat Chermin telah diwujudkan. Pembangunan kampung dilaksanakan secara berperingkat. Pada masa itu, penduduk kampung menggunakan madrasah sebagai tempat beribadat. Madrasah tersebut terletak di hadapan rumah ketua kampung sekarang, En Abdul Halim B Haji Noor. Pada tahun 1950-1951, Tn Haji Sahih bersama penduduk kampung bertekad untuk membina masjid dengan melakukan kutipan derma untuk pembinaan masjid. Pada tahun 1953, sejumlah RM7000 telah Berjaya dikumpul melalui kutipan derma tabung pembinaan masjid. Dengan sejumlah wang yang diperolehi, pembinaan masjid bermula dengan konsep gotong royong. Pada masa berkenaan, masjid yang dibina mempunyai kemudahan asas yang sederhana. Sumber bekalan air diperolehi dari tanah & perigi dan menggunakan lampu ‘gasoline’. Struktur pembinaan masjid adalah seperti berikut : laintai bersimen, dinding papan dan atap zink. Pada tahun 1978, proses menamakan Masjid Changkat Chermin dilakukan. Satu mensyuarat telah diadakan dan bersetuju masjid ini diberi nama ‘Masjid An-Nuriah Kg. Changkat Chermin.

BINAAN

Ciri-ciri senibina moden tanpa kubah dengan berbumbung tiga tingkat. Menara setinggi 40' bagi tempat corong pembesar suara dan lampu spot light. Mihrab mengikut seni bentuk moden dan mimbar diperbuat dari kayu cengal batu ukiran corak seni ukiran kayu. Serambi dan kolah asal telah digabungkan. Dinding diperbuat daripada konkrit. Tingkap nato. Atap Zink Telah Digantikan dengan atap awning.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan

PETA