MASJID AL- KHAIRIAH

KG. BATU 10, LEKIR, 32020 SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0802078
0195183934
11/01/1999

SEJARAH

Pembinaan masjid ini bagi menggantikan masjid lama. Masjid pertama dibuka pada tahun 1952 dengan nama Masjid Batu 10 Lekir. Masjid pertama ini dibina secara bergotong royong oleh penduduk Batu 10 Lekir dengan perbelanjaan dipungut dari orang ramai. kebanyakan peralatan pembinaan masjid ini seperti tiangnya dicari sendiri oleh penduduk kampung dari hutan yang berhampiran. Masjid pertama ini digunakan oleh penduduk kg. batu 10 Lekir sehingga tahun 1999. Pada tahun 2000, masjid pertama (lama) digantikan dengan masjid baru kerana penduduk telah bertambah dan masjid lama ini terlalu hampir dengan jalan raya. Masjid baru siap dibina pada tahun 2000 dengan perbelanjaan sebanyak RM1.4 juta. Perbelanjaan masjid baru ini adalah bantuan daripada Kerajaan dan kutipan derma daripada orang ramai. Tapak masjid baru diwakafkan oleh Tn.Hj. Abas B Ajud dan Tn.Hj. Lot B Saleh. Masjid Batu 10 Lekir ditukar kepada nama Masjid al-Khairiah Batu 10 Lekir pada tahun 1970. Pada tahun 2015, pembinaan bangunan tambahan telah dibina dengan belperanjaan lebih kurang RM200,000. Wang ini adalah kutipan derma / wakaf daripada orang ramai.

BINAAN

Kubah asal dibina menggunakan plastik tebal lutsinar. Kemudian ia digantikan dengan kubah aluminium. Menara masjid diperbuat daripada batu berkubah kecil diperbuat daripada plastik tebal lutsinar. Bumbung masjid beratap zink. Mihrab diperbuat daripada papan tebal. Ruang solat diperbuat daripada karpet. Tiada seni khat. Secara keseluruhan senibina berunsurkan batu, zink dan cermin.

KEMUDAHAN

-Tempat wuduk. -Telekung. -Sejadah. -Bilik mesyuarat. -Bilik pegawai masjid. -Pejabat masjid. -Ruang makan. -Ruang memasak. -Parkir. -Kedai perniagaan. -Laluan orang kurang upaya. -Tandas awam. -Kerusi orang kurang upaya. -Pondok rehat.

PETA